22 November 2016 - 08:21
Turki Pecat Lebih Daripada 15000 Orang Pegawai Kerajaan.

Pihak berkuasa Turki pada Selasa lepas bertindak memecat lebih daripada 15000 orang pegawai kerajaan daripada institusi berbeza atas dakwaan keterlibatan mereka di dalam cubaan rampasan kuasa pada Julai lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Turki pada Selasa lepas bertindak memecat lebih daripada 15000 orang pegawai kerajaan daripada institusi berbeza atas dakwaan keterlibatan mereka di dalam cubaan rampasan kuasa pada Julai lalu.

Menurut media Turki, seramai 15060 orang termasuk 1988 anggota tentera dan 7586 anggota polis telah dipecat oleh Ankara selepas didakwa terlibat di dalam rampasan kuasa lalu.

Pada 15 Julai lalu, sebuah cubaan rampasan kuasa telah dilancarkan di Turki. Rampasan kuasa itu kemudiaan digagalkan pada hari berikutnya. Rentetan perkara itu, Ankara telah menangkap seramai 26000 orang suspek yang disyaki cuba menggulingkan kerajaan Turki sekaligus menyebabkan 260 kematian di dalam proses itu.

Para pegawai kerajaan menuding jari ke arah pendakwah Islam yang berpusat di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen sebagai arkitek di dalam pelan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang melalui rampasan kuasa itu.

Ribuan para pegawai tentera, penjawat awam berpangkat tinggi, hakim dan guru yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceramah itu telah ditahan atau dipecat sejak cubaan rampasan kuasa tersebut.